Kami@Tempat : Mini Zoo..

Monday, August 30, 2010

Hai sume.. ok, kali nie kami nak bawak korang bersantai ke satu tempat yang penuh dengan haiwan dan tumbuhan2 menghijau... mane lagi kalau bukan MINI ZOO!!.. Sebelum tu, meh kami cite sikit pasal mini zoo nie yer..


Terletak di Kampung Ibok atau Bukit Takal, Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman kini menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terbaru di Terengganu. Mini Zoo ini telah mula beroperasi bermula 11 April 2009 dan telah dirasmikan Yang Amat Berhormat Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.



Ok, kat sini, anda-anda diberi pilihan samada mau berjalan kaki ka, atau naik kenderaan yang disediakan untuk masuk kedalam. Bukan ape, kawasan Mini Zoo nie bleh kata agak besar la. Letih oo jalan kaki..tp, kalau mau lebih adventure, jalan kaki la ye. Kalau malas, naik je kenderaan nieh.. Layan....

Di Mini Zoo ni, ade Taman Tema Air untuk yang mahu bermandi manda, Jambatan Gantung ( kalau nak tgok rusa, naik jambatan gantung la..=) ), ade Taman Orkid, Akuarium, Menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar dan macam-macam lagi.. Ha, senang cite, ape kate korang tengok gambar-gambar yang kami sediakan.. tp, lagi best kalau korang tengok sendiri, baru puas.. WEEE....





Ikan Naga, dari China..



Rumah tradisional @ Rumah Terengganu..





Taman Orkid





Sangkar ular.







Ha, jage-jage.. Pak belang pon ade taw...





Jambatan Gantung..



Bagi mereka yang ingin menunaikan ibadat, boleh saja lakukan disini, kerana kemudahan surau turut disediakan..

orait.. harap gambar-gambar nie, dapat memberi keterujaan kepada korang untuk datang melawat Mini Zoo ini.. TerBAEK!

Kami@Tempat : Bukit Puteri..

Friday, August 27, 2010

Bukit Puteri...ha, pernah dengar tak pasal tempat nie?.. Mungkin ade yang penah dengar dan ade yang tak kan.. takpe2, meh sini, saye crite yer... Bukit Puteri merupakan kubu pertahanan yang masih lagi kukuh dan sudah berabad usianya. Terletak di kawasan bandar Kuala Terengganu, merupakan sebuah lokasi yang strategik untuk pelancongan. Disini, saya paparkan beberape kerat gambar ye.. ENJOY!..







Ini merupakan Kubu Pertahanan semasa berlakunya perang saudara diantara Baginda Umar dengan Sultan Mansur II.





Gambar di atas plak merupakan Lubang Ubat Bedil. Terletak di belakang singgahsana dan digunakan untuk menyimpan ubat bedil semasa berlaku Peperangan Saudara pada 1831 dan 1839















Orang cakap tak kenal maka tak cinta. So, kalau nak lagi puas, ape kate korang menjengah ke Bukit Puteri dan tgok sendiri.. HAVE FUN!


Kami@Makanan : Otak-Otak dan Satar

Tuesday, July 20, 2010

Wah, agak lama tak mengupdate blog ni..Sori2.. masing-masing dah mula sibuk... Papepun, kali nie kasi puas tgok yer.. ok..
Kali nie, kami nak bawak anda-anda sekalian ke tempat makan di Kuala Kemaman.. Nama kedai nie Warung Otak-Otak Che Wan.. jom2!!..



Kalau nak tahu, warung ni terkenal dengan makanan speselnya, otak-otak dan satar...um...Rasenye memang sedap... Kebiasaannya, susah nak cari tempat yang buat otak-otak dengan otak-otak yang sedap, tp di Kuala Kemaman nie, sume ade... yang pasti, DIJAMIN SEDAP...




Agak-agak, terliur tak?..hehe





Menu sampingan yang turut kami request, kopok lekor dan air kelapa muda..







Jadi, kalau anda-anda datang ke ganu, singgah2la kat Kuala Kemaman.. TerBAIK!!....


Kami@Tempat :Monica Bay

Saturday, June 19, 2010


Kalau dah datang ke Kemaman tu, pakat-pakat la singgah kat Pantai Teluk Mak Nik ataupun sekarang lebih dikenali dengan nama Monica Bay. Sememangnya di kawasan nie tersangatlah tenang.. Pemandangan pun memang menggamit mata memandang..

Kalau rasa nak release tensen, tempat nie adalah antara tempat pilihan. Kenapa??... Sunyi...Aman...Damai.....Permai.....hehe..

Kadang-kadang tempat nie jugak menjadi tumpuan untuk berkumpul sesama teman-teman. Kawasan pantai nie boleh dikatakan agak luas dan lebar tapi, kawasan pantai kat sini dilarang tuk sebarang aktiviti mandi-manda.. Sebab boleh dikatakan air kat kawasan nie sangatlah dalam..



Pantai Mak Nik juge menjadi tumpuan pemancing. Ha, tengok jelah kat atas nie, bukan main lagi abang kite nie ngail..tp, bukan die je yang excited.. Ramai lagi teman2 die yang join sekaki..yuhuu!!...





Lihatlah betapa permainya kat sini...Lawa sungguh yer...huhuhu.....damai......





Tu die, yang mude mahupun yang tua, sama-sama dapat rileks-rilekskan kepala sambil dibelai udara nyaman..~~weeee



Haa... jangan ingat kat sini takde taman permainan ye.. Sini pon ade laa.. So, adik-adik yang nak main kat sini, boleh aje..~~weee
Seterusnya, nikmatilah keindahan hidupan disini...



Bunga di pasiran pantai.....



Kehijauan yang mempesonakan...~~weee....

.: Pengenalan kami...

Wednesday, June 16, 2010

wah...akhirnya blog ini berjaya dipublish oleh kami bertiga..huhu...dah bermacam kami pikir.. dan masih banyak lagi yang perlu kami khabarkan.. Untuk permulaan, kami perkenal anda dengan sejarah dan institusi beraja yang terdapat di Terengganu.. Sebagai rakyat, kami berbangga dapat bernaung di bawah sebuah negeri yang berdaulat dan terkenal dengan keindahan pantainya..
baiklah, untuk update seterusnya, kami akan bawakan segala keistimewaan tentang Terengganu, so, watch out guys...

Kesultanan Terengganu

Sunday, June 13, 2010



Terengganu merupakan sebuah negeri yang berdaulat. Kesultanannya bermula daripada Sultan Zainal Abidin I iaitu pada tahun 1725 dan diwarisi sehinggalah ke hari ini oleh Al-Watiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Berikut merupakan senarai Sultan Terengganu dari permulaan Kesultanan sehingga kini.
  • Sultan Zainal Abidin I [ 1703 - 1733 ]
  • Sultan Mansur I [ 1733 - 1794 ]
  • Sultan Zainal Abidin II [ 1794 -1808 ]
  • Sultan Ahmad Shah I [ 1808 -1830 ]
  • Sultan Abdul Rahman Shah [ 1830 - 1830 ]
  • Sultan Daud [ 1830 - 1831 ]
  • Sultan Mansur Shah II [ 1831 - 1837 ]
  • Sultan Muhammad Shah I [ 1837 - 1839 ]
  • Sultan Omar [ 1839 - 1876 ]
  • Sultan Ahmad Muazzam Shah II [ 1876 - 1881 ]
  • Sultan Zainal Abidin III [ 1881 - 1918 ]
  • Sultan Muhammad Muazzam Shah II [ 1918 - 1920 ]
  • Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu [ 1920 - 1942 ]
  • Sultan Ali, Terengganu [ 1942 - 1945 ]
  • Sultan Ismail Nasiruddin Shah [ 1945 - 1979 ]
  • Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah [ 1979 - 1998 ]
  • Sultan Mizan Zainal Abidin [ 1998 - kini ]

Sedikit bingkisan tentang Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin




Sultan Mizan Zainal Abidin juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13 bermula dari 13 Disember 2006. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Baginda meminati sukan berkuda dan baginda sendiri pernah mengadakan pertandingan berkuda tahunan di Malaysia. Baginda sememangnya merupakan seorang Raja berjiwa rakyat.

" DAULAT TUANKU! "

Kenali Terengganu...

Saturday, June 12, 2010


Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Bersempadan dengan negeri Kelantan dan negeri Pahang, Terengganu terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50.

Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar/ 1,295,512.1 hektar dan terdiri daripada enam buah daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu. dan seperti yang sedia maklum, perikanan merupakan kegiatan ekonomi yang utama, dan hasil Petroleum menguatkan lagi sumber ekonomi.

Asal-usul nama Terengganu dikaitkan dengan beberapa cerita. Nama Terengganu dikaitkan dengan 'terangnya ganu' , 'taring anu' dan 'terangan nu'. Berdasarkan cerita-cerita berikutlah, lama kelamaan muncullah nama Terengganu.

Negeri Terengganu ini terkenal dengan kawasan pesisir pantainya yang menarik dan menggamit pandangan mata yang memandang. Disamping terkenal dengan kawasan-kawasan pelancongan yang menarik, Terengganu juga kaya dengan budaya dan adat yang juga menjadi tumpuan umum.