Kami@Tempat :Monica Bay

Saturday, June 19, 2010


Kalau dah datang ke Kemaman tu, pakat-pakat la singgah kat Pantai Teluk Mak Nik ataupun sekarang lebih dikenali dengan nama Monica Bay. Sememangnya di kawasan nie tersangatlah tenang.. Pemandangan pun memang menggamit mata memandang..

Kalau rasa nak release tensen, tempat nie adalah antara tempat pilihan. Kenapa??... Sunyi...Aman...Damai.....Permai.....hehe..

Kadang-kadang tempat nie jugak menjadi tumpuan untuk berkumpul sesama teman-teman. Kawasan pantai nie boleh dikatakan agak luas dan lebar tapi, kawasan pantai kat sini dilarang tuk sebarang aktiviti mandi-manda.. Sebab boleh dikatakan air kat kawasan nie sangatlah dalam..



Pantai Mak Nik juge menjadi tumpuan pemancing. Ha, tengok jelah kat atas nie, bukan main lagi abang kite nie ngail..tp, bukan die je yang excited.. Ramai lagi teman2 die yang join sekaki..yuhuu!!...





Lihatlah betapa permainya kat sini...Lawa sungguh yer...huhuhu.....damai......





Tu die, yang mude mahupun yang tua, sama-sama dapat rileks-rilekskan kepala sambil dibelai udara nyaman..~~weeee



Haa... jangan ingat kat sini takde taman permainan ye.. Sini pon ade laa.. So, adik-adik yang nak main kat sini, boleh aje..~~weee
Seterusnya, nikmatilah keindahan hidupan disini...



Bunga di pasiran pantai.....



Kehijauan yang mempesonakan...~~weee....

.: Pengenalan kami...

Wednesday, June 16, 2010

wah...akhirnya blog ini berjaya dipublish oleh kami bertiga..huhu...dah bermacam kami pikir.. dan masih banyak lagi yang perlu kami khabarkan.. Untuk permulaan, kami perkenal anda dengan sejarah dan institusi beraja yang terdapat di Terengganu.. Sebagai rakyat, kami berbangga dapat bernaung di bawah sebuah negeri yang berdaulat dan terkenal dengan keindahan pantainya..
baiklah, untuk update seterusnya, kami akan bawakan segala keistimewaan tentang Terengganu, so, watch out guys...

Kesultanan Terengganu

Sunday, June 13, 2010



Terengganu merupakan sebuah negeri yang berdaulat. Kesultanannya bermula daripada Sultan Zainal Abidin I iaitu pada tahun 1725 dan diwarisi sehinggalah ke hari ini oleh Al-Watiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Berikut merupakan senarai Sultan Terengganu dari permulaan Kesultanan sehingga kini.
  • Sultan Zainal Abidin I [ 1703 - 1733 ]
  • Sultan Mansur I [ 1733 - 1794 ]
  • Sultan Zainal Abidin II [ 1794 -1808 ]
  • Sultan Ahmad Shah I [ 1808 -1830 ]
  • Sultan Abdul Rahman Shah [ 1830 - 1830 ]
  • Sultan Daud [ 1830 - 1831 ]
  • Sultan Mansur Shah II [ 1831 - 1837 ]
  • Sultan Muhammad Shah I [ 1837 - 1839 ]
  • Sultan Omar [ 1839 - 1876 ]
  • Sultan Ahmad Muazzam Shah II [ 1876 - 1881 ]
  • Sultan Zainal Abidin III [ 1881 - 1918 ]
  • Sultan Muhammad Muazzam Shah II [ 1918 - 1920 ]
  • Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu [ 1920 - 1942 ]
  • Sultan Ali, Terengganu [ 1942 - 1945 ]
  • Sultan Ismail Nasiruddin Shah [ 1945 - 1979 ]
  • Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah [ 1979 - 1998 ]
  • Sultan Mizan Zainal Abidin [ 1998 - kini ]

Sedikit bingkisan tentang Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin




Sultan Mizan Zainal Abidin juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13 bermula dari 13 Disember 2006. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Baginda meminati sukan berkuda dan baginda sendiri pernah mengadakan pertandingan berkuda tahunan di Malaysia. Baginda sememangnya merupakan seorang Raja berjiwa rakyat.

" DAULAT TUANKU! "

Kenali Terengganu...

Saturday, June 12, 2010


Negeri Terengganu Darul Iman merupakan sebuah negeri yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Bersempadan dengan negeri Kelantan dan negeri Pahang, Terengganu terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50.

Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar/ 1,295,512.1 hektar dan terdiri daripada enam buah daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu. dan seperti yang sedia maklum, perikanan merupakan kegiatan ekonomi yang utama, dan hasil Petroleum menguatkan lagi sumber ekonomi.

Asal-usul nama Terengganu dikaitkan dengan beberapa cerita. Nama Terengganu dikaitkan dengan 'terangnya ganu' , 'taring anu' dan 'terangan nu'. Berdasarkan cerita-cerita berikutlah, lama kelamaan muncullah nama Terengganu.

Negeri Terengganu ini terkenal dengan kawasan pesisir pantainya yang menarik dan menggamit pandangan mata yang memandang. Disamping terkenal dengan kawasan-kawasan pelancongan yang menarik, Terengganu juga kaya dengan budaya dan adat yang juga menjadi tumpuan umum.